- Lakukan zikir, doa, dan istigfar
sebanyak mungkin untuk mendapat pahala yang berlimpah dari Allah SAW. Lakukan ketiga hal ini selama bulan Ramadhan, yaitu pada waktu yang mustajab. Waktu-waktu mustajab saat bulan Ramadhan adalah saat berbuka dan di sepertiga malam terakhir. Waktu sahur merupakan waktu mustajab untuk beristigfar.
- Bertadarus
yang lain yang bisa kamu lakukan adalah bertadarus Al-Qur’an. Membaca Al-Qur’an sehabis salat tarawih berguna untuk meraih keberkahan hidup. Semua amalan yang dilakukan di bulan puasa akan dilipatgandakan. Pahala membaca satu huruf dalam Al-Qur’an, Allah akan memberikan sepuluh kebaikan. Bahkan saat membaca Al-Qur’an secara terbata-bata pun Allah masih memberi dua pahala. Jadi, seringlah bertadarus untuk mendapatkan keberkahan dari Allah taala.
Keuntungan Dan Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa
Berikut adalah antara kebaikan atau manfaat kesihatan bagi mereka yang berpuasa.
- Kurang berat : Saya rasa kebanyakkan di kalangan anda akan kurangkan berat badan dalam bulan ramadhan? Kenapa? Kerana susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur). Inginkan kurangkan berat badan pada bulan puasa? Dapatkan eBook Panduan Ramadhan saya.
- Kawalan diri: Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan memang mustahak. Kurangkan gula darah. Ini kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.
- Kolesterol: Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa.
- Kurangkan tekanan darah: Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan 1) tahap insulin yang lebih rendah 2) glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.
- Ubah gaya hidup: Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita mengubah tabiat-tabiat buruk. Puasa sebulan memberikan peluang keemasan untuk membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain.